Wednesday, August 18, 2010

kereta anda mati tiba-tiba?



Anda tengah memandu wira atau proton saga.tiba-tiba enjin kereta anda terhenti tiba-tiba?jangan panik!pertama sekali kena check timing belt.sama ada terputus atau tidak.kalau elok langkah seterusnya cabut wayer plug satu dan test ngan screw drive dengan cara mencucuk screw drive di wayar plug dan letak dekat enjin.cuba stat,kalau ia tidak keluar percikan kecil api maknanya kereta anda mengalami kerosakan distributor!
harga bagi barang ini lebih kurang rm180.oo hingga rm300.00 bagi yang recond.
anda di nasihatkan cuba dapatkan waranty selama 2 minggu selepas anda menukarnya.sebab kebiasaannya bagi yang harga murah ia akan rosak pulak dalam jangka masa terdekat.

Anda baru beli kereta terpakai?



ape yang perlu anda buat ialah;

1. periksa jangka hayat timing belt.sebaiknye tukar baru.cara mudah untuk check timing belt teruatama wira dan proton saga(enjin lebih kurang sama saja)ialah buka penutup timing belt.dan tengok kesan jika ada retakan kecil,berjalur atau berminyak.jika ada baik anda tukar segera!
jika tiada kesan itu cuba tengok tulisan jenama di timing belt sama ada ada atau dah hilang(kena pusing sekeling dengan (spanar 17 di head)kalau tidak ada juga tulisan tu adalah di nasihatkan tukar juga.
bagi kereta kancil amat rumit nak check.dinasihatkan tukarlah baru puas hati.

2.tukar minyak hitam dan check minyak gear.semua ini anda boleh buat sendiri di rumah hanya perlukan sapner 17 bagi proton dan kancil saiz 14.bagi nak buka filternya boleh dapatkan alat bukaan di kedai (sekali beli dah boleh guna sampai bila-bila)

itu adalah asas yang boleh buat di rumah sendiri bagi nak menjimat kos.
selamat mencuba

SELAMAT menjenguk !

` satu laman yang akan berkongsi ngan anda tentang "haiwan besi" anda.
adalah satu kerugian,pembaziran,ditipu,dan mudah diperdaya andai anda tidak tahu menahu sedikit sebanyak tentang kenderaan anda terutama kereta jenama malaysia(lebih kepada wira,proton saga dan kancil)
jadi di sini akan dikongsi sedikit sebanyak ape yang patut dilakukan apabila anda 'terosak' di jalanan...
selamat mengikuti..